Lirik Dua Dalam Bahtera – Waheeda

Lirik Lagu Dua Dalam Bahtera – Waheeda

Dari setiap pasangan dua
Maralah ke dalam bahtera
Yang dibina sekian lama
Dengan Izinnya Maha Kuasa

Dia disangka orang berdusta
Dia disangka orang yang gila

Hingga hari terbongkar segalanya..
*Nuh..Nuh..Nuh

Kau telahpun diberitakan
**(tentang hari yang akan datang)
Kau telahpun diperingatkan
**(tentang hari yang akan datang)

Kini jalan keluar tiada
Hujan yang turun tiada reda

Tenggelam kini segalanya
Tenggelam kini semuanya

Seribu tahun illa lima puluh..
*Nuh…Nuh..Nuh..

Duhai anak ke mana nak pergi
**(ingin mendaki gunung yang tinggi)
Duhai anak tiada dapat kau lari
**(tetap mendaki gunung yang tinggi)

Duhai anak kembali ke sisi
Hari ini tiada dapat kau lari

Duhai Nabi anakmu bukan ahli
Biarkan saja dia pergi