Adam – Hai (Hi)

Ada satu hujung minggu penuh sesak
Ramai yang di KLCC ulang-alik
Naik turun tangga cuci mata
Ikut suka hati remaja
Berjalan seharian 8 jam sampai 10 malam
Haha inilah cerita orang muda
Dengarkanlah

Seminit lamanya mataku tak terkelip
Sekilas terpandang sejelita di sana
Sambil menjeling mata dia begitu juga
Lalu ku bersedia untuk berjumpanya
Setapak ku kedepan serta keyakinan
Akan ku berani kenalkan diri
Walau tak dikenali

(Chorus)

Sungguh menawan hati tertawan
Lalu mengejar lantas ku ke depan ku kata
Hai siapa nama boleh kenal
Atau pun tidak duduk kat mana
Dengan siapa ada handphone
Apa nombornya bolehkah kita bersama

Yeah yeah
Cikeboom cikeboom hoh…
Cikeboom cikeboom hoh…

Seminggu termenung asyik terbayang-bayang
Wajahnya yang manis buat fikiran melayang
Setelah perkenalan biar pun dah berkenan
Biar kukenalkan dia yang rupawan
Budak melayu juga mat salleh siapa namanya
Jadi pujaan setiap lelaki
Bila bertemu dengannya

(Chorus)

Yeah yeah!

Ini pula ikutilah kisah sambungan cerita
Anak muda lagi sesak memang gempak ku tersentak
Secara tiba-tiba kami terserempak
Mata bertentang mata tanda tanya di minda
Siapakah yang di sana
Degupannya semakin laju bilaku bertemu kamu
Pasti kita sudah ditakdirkan kita berkenalan

(Chorus)

Siapa nama
Bolehkah tidak
Tunggu kat mana
Dengan siapa
Hai..hai…